Monday, October 29, 2012

DALAM KENANGAN

Md Muaz merupakan seorang murid yang sangat berbakat dan cenderung pada bidang seni. Merupakan salah seorang murid dalam Pasukan Koir dan Pasukan Tarian Sekolah. Md Muaz akan terlibat sama bagi mewakili sekolah dalam apa jua pertandingan koir dan tarian.

Antara gambar-gambar kenangan semasa Md Muaz mewakili sekolah ke Peringkat Separuh akhir di Pertandingan Tarian Asli Brunei Sekolah-Sekolah Rendah. 

 




Semasa mengikuti sessi latihan Tarian "Indung Anak" di sekolah

 

 

Md Muaz juga aktif dalam mengikuti aktiviti dan pertandingan koir di peringkat sekolah dan juga Negara

 



Bersama rakan-rakan untuk mengikuti Pertandingan Koir Sekolah-sekolah Rendah Senegara

 

 

Md Muaz berkesempatan untuk mengunjungi rakan-rakan dan guru-guru nya pada 29hb Oktober 2012 selepas pulih dari menjalani Pembedahan di Singapura

 





Al-Fatihah untuk Md Muaz

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang mukmin. 

Aamiin...

 

 

Allah Ta’ala berfirman,

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.

(Al A'raf: 34)

 

Gambar: Mainon & Alya     Rencana: Alya

No comments: